Wednesday, June 1, 2011

....KEBERSIHAN DALAM ISLAM....

Assalamualaikum...bismillahhirrahmannirrahim

Bila bercakap soal kebersihan seharusnya ia adalah sesuatu yang amat sinonim dengan Islam. Kerana Islam amat mementingkan soal kebersihan samada luaran mahupun dalaman. Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orang yang menyucikan diri dan sentiasa dalam keadaan bersih.Buktinya, sebelum kita mengadap dan mendekatkan diri kepada Allah samada untuk bersolat atau membaca Al-Quran, kita diwajibkan untuk berwuduk dan menyucikan diri. Betapa Islam amat menitikberatkan soal kebersihan dan bab-bab bersuci ini. "KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN", mesti tak asing lagi dari pendengaran kita frasa tu kan?

Apa yang saya nak highlightkan pada entry kali ini lebih kepada soal kebersihan zahir ataupun luaran.Dah lama hasrat di hati untuk menulis mengenai kebersihan luaran mahupun persekitaran kita dan baru-baru ini saya terbaca di Utusan Online mengenai "Tasik tadahan air jadi tong sampah" di muka hadapan(sila rujuk di no.1)...lebih menguatkan keinginan saya untuk menulis mengenai perkara ini bagi meluahkan apa yang terbuku di kotak fikiran ini sejak sekian lama.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kadang terfikir susah sangat ke nak mendidik diri kita untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita? Kepada siapa sebenarnya kita nak salahkan untuk kes-kes seperti di atas itu? Saya yakin itu baru satu dua kes yang dikeluarkan di akhbar dan berita tempatan.Cukup kalau kita lihat di persekitaran kita khususnya tempat-tempat awam.Stesen bas,tandas awam,pasar-pasar dan tak perlu la saya senaraikan semua tempat. Malah tak keterlaluan kalau saya katakan orang kita memang "kurang" atau memang "tak" bertanggungjawab terutama kalau berkaitan soal kebersihan awam!
Satu perkara yang sangat saya kagum dengan masyarakat jepun di sini adalah soal kebersihan yang sangat teratur dan sistematik.(Boleh rujuk di no 2)
Bukan niat untuk membangga-banggakan jepun tapi perkara yang baik itu seharusnya kita jadikan contoh teladan.Amat besar saya kira jurang perbezaannya samada dari segi kebersihan, tanggungjawab, disiplin mahupun akhlak.Sedangkan majoriti penduduknya bukanlah beragama Islam tapi ternyata akhlak mereka sungguh terpuji, akhlak yang seharusnya adalah milik kita sebagai inidividu muslim. Daripada sistem pembuangan sampah sehinggalah perkara sekecil mengutip najis anjing jika tiba-tiba anjing mereka membuang najis di tepi jalan atau di taman-taman (di sini adalah menjadi kebiasaan orang jepun untuk membawa anjing mereka 'sanpo' atau bersiar-siar di waktu pagi dan petang terutama orang-orang tua). Sehingga begitu sekali mereka begitu teliti menjaga kebersihan awam.
Cuba fikir dan bandingkan keadaannya dengan negara kita sendiri!!!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
*sampah wajib diasingkan sebelum dibuangPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket
*jadual hari pembuangan sampah dan cara mengasingkan sampah mengikut kategori yang telah ditetapkan
Satu permasalahan besar yang saya nampak adalah krisis nilai atau sikap sebahagian besar masyarakat kita yang tidak begitu mengendahkan kebersihan dan kepentingan awam.Sedari kecil kita tidak dididik tentang tanggungjawab dan kepentingan hak bersama. AWAM itu bukankah bermaksud milik bersama? Tapi masalah kita adalah melihat peranan itu sebagai tugas pihak-pihak tertentu sahaja.Contohnya kalau di KL, kerja menjaga kebersihan awam adalah tugas DBKL semata. Suatu masa dulu saya juga berfikiran begitu. Tetapi sejak merantau ke negara orang ini saya lebih berfikiran terbuka dengan melihat pada masyarakat di sekeliling saya. Saya rasa kagum dan malu. Kagum dengan akhlak dan sikap mereka yang begitu bertanggungjawab dan menghormati hak bersama. Malu dengan sikap sebahagian masyarakat kita yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan segelintirnya yang langsung tidak menghormati hak orang lain. Secara tak langsung ia mencerminkan akhlak buruk dan tanggapan negatif buat orang Islam.
Saya cuma mahu mengajak rakan pembaca sekalian untuk kita berfikir bagaimana untuk kita mendidik masyarakat kita dalam soal menjaga kebersihan ini.Bagi saya ia bukanlah satu perkara yang harus dipandang enteng.Saya optimis mengatakan tak mustahil untuk kita laksanakan apa yang diamalkan di jepun ini jika sekiranya semua rakyat Malaysia punya KESEDARAN dan KEMAHUAN serta saling mengembleng tenaga demi kemaslahatan bersama.
Tepuk dada tanya iman! Kebersihan luaran mahupun dalaman, keduanya sama penting. Barulah menunjukkan identiti kita sebagai individu muslim sejati...InsyaAllah.
Wallahua'lam bissawab....


Regards
|Dr.Soulz|

No comments:

Post a Comment