Monday, May 30, 2011

Balasan Tinggal Solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”


Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”


Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.


Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”

Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


Maka inilah balasannya.


                                                 Regards
                                           |Dr.Soulz|

Aqidah terpesong...

                          Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum.......


Iklan macam ni tiada di Malaysia..
Kalau ada,rakyat Malaysia/umat islam akan berubah ke agaknya?
Harap2lah.. Amin...

Tapi kalau iklan macam ni berubah tak ?



Semoga Allah S.W.T membuka pintu hati semua umat Islam yang
menonton video ini.

Terpulanglah kalau ada yang mengangap ini sebagai CUMA satu iklan...
Iklan ni penuh dengan mesej tersirat..
Iklan ni bukan di tujukan untuk rakyat Malaysia je tapi semua umat islam..
Kalaulah iklan ini ada di seluruh dunia..
Kan bagus..
TAPI
Iklan macam ini yang di mainkan di seluruh dunia..



Dan inilah hasilnya...
Apa lagi yang mampu kita katakan?


ASTAGHFIRULLAHALAZIM....



Ambil iktibar..
   Renung2kan....


Regards
|Dr.Soulz|

Tuesday, May 17, 2011

BERTUDUNG TAPI ......... ASTAGFIRULLAHALAZIM.....

Dengan Lafaz Bismillahiramanirahim...

Assalamualaikum...

Topik kali ini tentang bertudung....
Kalau dah namanya beertudung tentulah yang memakainya pun golongan hawa...
Seharusnya hijab itu di pakai lengkap dengan bertutupkan aurat yang lain juga..
Kebanyakan orang yang bertudung sekarang kerana fesyen..
Tapi itu bukan isunya...

Isunya kita mengotori benda yang bernama hijab itu dengan memakainya dengan pakaian yang menjolok mata!
Sesungguhnya ia sangat mendekatkan kita kepada muqadimmah zina,ia itu 'permulaan zina'...contohnya,

dan



Jangan lihat guna mata kasar,tapi lihatlah dengan mata hati...
Ini sangat menjatuhkan martabat seorang wanita islam...

Tiada harga dirikah?
Atau harga itu begitu murah?

Jangan renung2kan...
Jika di renung,lain jadinya...
Fikir2kan...


Nauzubillah..

Regards
-Dr.Soulz-

Monday, May 16, 2011

IBU DAN GURU SAMA HEBAT....

 Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim....



Assalamualaikum...

8.5.2011
Sebelum habis bulan 5 ni,saya nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu2 di dunia ini... 
Sesungguhnya ibu adalah insan yang sangat penting dalam hidup kita..
Segala utur bicara pada ibu haruskah lemah lembut dan sopan sekali...
Dalam masa yang masih ada anak2 yang menderhaka pada ibu,namun kisah2 mereka kita ambik sebagai iktibar sahajalah...
Sebagai anak yang soleh/solehah kita doakanlah kesejahteraan ibu kita..
Eratkan lagi silaturahim dengan ibu kita..
 Gambar I luv Islam.Com     






16.5.2011

-Guru Penjana Transformasi-

Slogan di atas disebut2 di merata2 tempat,
namun sikap pelajar tidak pernah menunjukan bahawa mereka akan 'transform' diri meeka..
Namun guru2 tetap melangkah ke sekolah...
Jasa guru2 besar sekali..
Boleh di katakan sama taraf dengan ibu bapa kita..
Di sekolah semua mereka jaga..
Tiada yang kurang...
Hormatilah guru dan ibu.. 
Dosa besar jika kita biadab pada mereka...
Beringatlah kawan2..




Restu kedua2 mereka amat penting...
Doa mereka sangat mejarab...
Jadilah yang terbaik...

Untuk guru2 seluruh Malaysia,saya pengasas blog Save Islamic Soulz mengucapkan selamat hari ibu @ selamat hari guru..


Teruskan usaha...
Muridmu sentiasa mendoakan anda semua...


OK! 
TQ semua....


Regards
-Dr.Soulz-

Saturday, May 14, 2011

GADIS ISLAM HINA ZIKRULLAH... ASTAGHFIRULLAHALZIM..











Apa yang boleh dikatakan?
Nothing!
Dunia akhir zaman ...


Siapa yang harus dipersalahkan?

Apa pun kita ambil iktibar dari kejadian ini...


Salam ..
-Dr.Soulz-